Sana Sini Rumah Terbuka!!!
Puasa sebulan, raya pun sebulan le ye… Banyaknya rumah terbuka nak kena pergi!!! Sana sini nak kena pergi ye… Ramai yang mengambil kesempatan mengadakan rumah terbuka. Pergi jangan tak pergi.. itulah masanya untuk kita mengeratkan silaturrahim. Tapi bila makan tu, jangan lupa diri ye… Ingat 1000kcal je… Boleh ke? Tepuk dada tanya selera…
Saya sudah berhenti pengambilan Jus Mate 5, kerana dah capai berat idaman. Saya hanya perlu mengawal pengambilan makanan. Namun, ketika sambutan Hari Raya Aidil Fitri, beberapa hari saya terlajak dan terbabas dalam mengawal pemakanan saya. Seminggu cuti raya, memang saya lupa yang saya kena kawal makan..hehehe… saja buat lupa. Dah lama tak pekena masakan bonda tercinta. Bila pulang ke kampung sebelah mertua pulak, mereka mengadakan kenduri doa selamat, dihidangkan pula dengan masakan kampung, perghhhhh… hancus diet… Balik dari kampung, terus timbang berat.. Oh tidakkkk!!!! Naik 1.5kg….. Menjadi 57.5 kg… Panik juga tengok jarum penimbang tu tunjuk kat 57.5 kg.. biar betul penimbang ni.. takkan seminggu tak kawal makan naik sampai 1.5 kg.
Ketika ini baru le teringat kata-kata Dr Rozmey “kita tidak akan gemuk kerana tidak pernah senaman atau kurang senaman, namun kita akan mula gemuk jika mula tabiat makan secara berlebihan pada waktu yang salah dan jenis yang salah. MAKANAN adalah satu-satunya yang paling berKUASA di dunia yang membuat anda GEMUK.!!!!!!!!!!!!!!”…Abis tu nak buat camner ye.. kena diet le balik… Alang2 diet, baik terus puasa… Alhamdulillah selama 3 hari berpuasa, saya berjaya mendapat berat idaman saya iaitu 56 kg… Tanpa Jus Mate 5 tau, cuma berpuasa saja.
Ada beberapa lagi undangan rumah terbuka yang perlu saya penuhi sepanjang bulan Syawal ni. Harap-harap saya dapat mengawal pemakanan saya dan tidak terlajak lagi.
Kesimpulannya, setelah mencapai berat idaman, kita tidak perlu mengamalkan Jus Mate 5 lagi. Untuk mengekalkan berat tersebut, hanya perlu kawal pemakanan sahaja.
Kepada pembaca blog ini yang berat dah naik tapi masih ragu-ragu dengan Jus Mate 5, saya cadangkan anda cubalah dahulu. Jus Mate 5 tidak akan mengecewakan anda!!! Ramai pengguna Jus Mate 5 telah berjaya dan begitu juga saya. Hubungi saya Rohaya di 012-2541988 dan saya akan membantu anda, InsyaAllah.

