\
Status YM
Jom Sembang
BMI Calculator
Pelawat

Posts Tagged ‘Diet’

Adakah anda bersedia untuk langsing?

July 14th, 2009 Author: RohayaRoy

measureAnda mungkin tidak percaya, tetapi ini adalah isu yang paling penting sekiranya anda berhasrat untuk diet.   Sekiranya anda telah berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan apa cara sekalipun dan anda tidak berjaya, sebabnya adalah ANDA TIDAK BERSEDIA.

Anda tidak bermotivasi.   Ada sahaja HALANGAN untuk anda mengikuti diet.   Dan anda mungkin lupa yang anda sedang berdiet.   Anda juga rasa susah sangat nak KURANGKAN MAKAN.

Anda tidak gembira dan anda sedar mengenainya tetapi anda tidak mahu mengakuinya.   Jangan sembunyikan perasaan anda itu.   HADAPInya.   Anda adalah UNIK, ISTIMEWA dan … sekiranya anda GEMUK dan TIDAK GEMBIRA mengenainya, sedarlah dan fikirlah cara menanganinya dan bangkit untuk melawannya.

Fikirkan dan tentukan apa yang hendak anda lakukan untuk LANGSING.   Anda mesti ada CITA-CITA dan KEMAHUAN.

Semuanya bergantung kepada anda.   Adakah anda MAHU atau TIDAK MAHU melakukan sesuatu ke atas tubuh badan anda?   Sekiranya jawapan anda ialah YA, SAYA AKAN LAKUKANNYA… SAYA AKAN KURANGKAN BERAT BADAN YANG BERLEBIHAN itu ,  tahniah untuk anda.   Sekiranya jawapan anda adalah TIDAK, kasihanilah diri anda.

Memulakan diet dan mengekalkan diet adalah bukan perkara yang mudah.  Diet bukan musuh anda.  Diet anda adalah kawan baik anda.   Ikut saranan yang diberikan dan anda pasti berjaya.

Percaya pada diri anda – Sekiranya anda benar-benar ingin kurangkan berat badan anda, anda pasti akan kurangkan. Dan pastikan anda telah BERSEDIA.


Kerabu Mangga

July 13th, 2009 Author: RohayaRoy
Kerabu Mangga

Kerabu Mangga

Bahan-bahan:
1 biji mangga muda – parutkan isinya
1 batang bunga kantan – hiris halus
2 labu bawang besar – mayang
2 biji cili merah – hiris halus
Sedikit garam
Sedikit gula

Cara-cara:
1. Masukkan semua bahan dalam mangkuk besar.
2. Gaulkan rata dan hidangkan.

p/s:  Ini kerabu mangga cara saya.  hehehe. Untuk kawan-kawan yang mengikuti program diet, tak perlu letak garam dan gula. Ok gak rasanya.

Testimonial Saya
Pesanan Produk
jdm5_produk_mini
Jom Cuba Jus Diet Mate 5. Pasti Berbaloi!!! Sila klik sini untuk cara pesanan.
Harga Produk

Sem. Malaysia

Harga Pengedar/ahli - RM150
Harga Runcit - RM200
Harga untuk jadi ahli/pengedar - RM450

Langkawi,
Sabah & Sarawak


Harga Pengedar/ahli - RM160
Harga Runcit - RM210
Harga untuk jadi ahli/pengedar - RM480

Brunei & Singapura

Harga Pengedar/ahli - RM180
Harga Runcit - RM230
Harga untuk jadi ahli/pengedar - RM540

Arkib
Senarai Pengedar
SITI ROHAYA SYED HASSAN
012-2541988
BALAKONG/SERI KEMBANGAN

NOR HASSAINI SYED HASSAN
012-300099
AMPANG

MAZ WITA YUSOF
012-7276208
Johor Bahru

HAJI WAN OMAR BIN MAHMUD
012-9588500
Kuala Terengganu
http://www.pcx35.com/"