fruits_vege

Diet yang sihat adalah diet yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin & mineral yang tinggi dan kalori yang sangat rendah.  Buah-buahan adalah sumber fiber yang baik yang meningkatkan kuasa pencernaan. Ia juga mengandungi anti-oksida yang dapat menghindarkan kita dari penyakit.

Oleh itu, amalkan pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal, oren, kiwi, strawberi dan salad berbanding buah-buahan atau pemakanan yang telah diproses.  Buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat kaya dengan vitamin dan mineral.  Sekiranya kita masak atau menggoreng sayur-sayuran, kita akan kehilangan banyak kebaikan yang terdapat di dalamnya.

Untuk mendapatkan diet yang ideal,  kita seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya, termasuk sayur-sayuran.  Pakar diet mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi . Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah membantu kita mendapatkan pemakanan yang seimbang.

Oleh itu kawan-kawan,  pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran mesti ada dalam diet kita dan cuba elakkan pengambilan buah-buahan yang mempunyai warna yang sama setiap hari.   Untuk kawan-kawan yang mengikuti program diet Jus Mate 5, pastikan buah-buahan diasingkan dalam kuantiti yang sedikit dan makan pun sedikit-sedikit. Misalnya kalau makan epal, kerat epal kepada 8 bahagian dan makan satu persatu pada jangka masa tertentu. Bukannya makan sekali sebiji terus ya.