Gantikan Minuman Manis Anda!

” Macamana ni kak, saya sarapan mesti nak minum nescafe?”
” Dalam sehari, saya mesti nak pekena teh tarik kak..”
Itulah antara kenyataan yang saya terima dari rakan-rakan yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.
Kita seharusnya mengawal pengambilan minuman manis bukan sahaja untuk menurunkan berat badan tetapi juga untuk menjaga kesihatan kita. Banyak kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan akan hanya memudaratkan kesihatan.
Sekiranya anda menggemari minuman manis, anda boleh cuba perlahan-lahan menggantikan minuman manis anda dengan air kosong. Berikut disenaraikan kandungan kalori di dalam beberapa jenis minuman:
| Jenis Minuman | Kandungan kalori |
| Air kosong | 0 kalori |
| Air kotak (1 kotak) | 114 kalori |
| Air sirap (1 gelas) | 140 kalori |
| Air berkarbornat (1 tin) | 151 kalori |
| Air isotonik (1 tin) | 60 kalori |
| Air tebu (250ml) | 184 kalori |
| Milo ‘ready-to-go’ (1 tin-200ml) | 178 kalori |
| Nescafe ‘3 in 1′ (1 sachet) | 96 kalori |
| Coffee ‘Ice Blended’ (1 gelas – 12oz) | 320 kalori |
| Teh tarik (1 gelas) | 159 kalori |
Bagi rakan-rakan yang menyertai Program Diet Jus Mate 5, gantikan semua minuman anda dengan air kosong sahaja. Ini akan dapat membantu mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

