20 Kesilapan Diet
Sebelum anda memulakan program diet, bacalah kesilapan diet yang biasa dilakukan.
1. Anda tidak bersedia
Anda memang mempunyai niat dan semangat untuk langsing, tapi pada masa yang sama sebenarnya anda tidak bersedia. Klik sini untuk baca artikel berkaitan.
2. Sasaran yang tidak realistik
Kajian menunjukkan bahawa setiap orang yang penurunan berat badan secara perlahan mampu bertahan lama. Pelan pengurangan berat badan yang sihat dan realistik adalah pengurangan sebanyak 1-2 paun [0.45kg - 0.9kg] dalam masa seminggu.
3. Mengabaikan sarapan pagi
Sarapan pagi yang baik adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga dan seterusnya menghindari anda dari mengambil snek yang berkalori tinggi.
4. Tidak minum air yang mencukupi
Anda seharusnya minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk pengawalan berat badan dan kesihatan yang optimal. Kenapa air terlalu penting untuk tubuh kita ya? Klik di sini untuk membaca artikel berkaitan.
5. Memilih jus berbanding buah-buahan segar
Jus tidak mempunyai fiber yang terdapat dalam sebiji buah segar.
6. Minuman yang berkalori tinggi
Kalori turut dikira dari apa yang anda minum walaupun ianya hanya minuman berkhasiat seperti susu rendah lemak.
7. Tidak membaca label dengan betul
Apabila membaca label, pastikan anda lihat pecahan saiz hidangan, lemak, calori dan sebagainya dengan betul.
8. Tidak berhati-hati dengan snek “fat-free”
Kebanyakan snek yang rendah dan tidak berlemak selalunya sarat dengan gula untuk menggantikan kekurangan lemak. Oleh itu ia selalunya mengandungi lebih kalori untuk setiap hidangan berbanding dengan versi asal.
9. Makan makanan proses lebih banyak dari makanan segar.
Anda seharusnya mengutamakan makanan segar. Elakkan makanan proses dan makanan segera.
10. Cara memasak sayur-sayuran
Walaupun sayur-sayuran adalah rendah kalori dan lemak, ianya selalu dimasak dengan minyak yang masak.
Untuk mengelakkan kalori yang berlebihan, grill atau kukus sayur-sayuran anda. Pastikan juga sayur-sayuran tidak dimasak berlebihan kerana ini akan menyebabkan khasiatnya hilang.
11. Hanya makan salad
Berhati-hati dengan kuah salad (dressing), sos dan hiasan yang berlemak dan berkalori tinggi.
12. Menyudahkan juga baki makanan sedangkan anda telah kenyang.
Anda sudah kenyang tetapi pada masa yang sama anda berasa sayang terhadap baki makanan yang masih tinggal. Apa lagi, anda pun berusaha untuk menghabiskan baki makanan tersebut dan ini menyebabkan anda telah terlebih makan.
13. Membiarkan diri anda kelaparan
Apabila anda mengawal pengambilan kalori, iaitu 1,000 kalori sehari, kadar metabolism akan menjadi perlahan. Oleh yang demikian pastikan anda tidak membiarkan diri anda kelaparan kerana apabila anda mengambil kalori yang berlebihan ianya akan menambah berat badan anda kembali.
14. Membuat andaian mengenai kalori makanan dan pilihan makanan yang salah
Misalnya anda mengandaikan bahawa sandwic ikan adalah pilihan yang baik dan sebenarnya anda silap.
Ikan tersebut selalunya di goreng dan disaluti dalam sos tartar yang mengandungi lebih banyak lemak dan kalori.
15. Makan terlalu cepat
Untuk anda berasa kenyang selalunya mengambil masa 20 minit. Oleh yang demikian anda berkemungkinan telah terlebih makan sekiranya anda telah habis makan sebelum signal sempat dihantar dari perut ke otak anda.
16. Makan dalam kuantiti yang banyak
Anda seharusnya makan dalam kuantiti yang sedikit dan kerap akan menstabilkan kandungan gula dalam darah.
17. Minum terlalu banyak kopi
Minum kopi adalah bukan cara yang sihat untuk pengurangan berat badan. Minum terlalu banyak caffein akan menyebabkan dehidrasi dan mengganggu tidur anda.
18. Tidak menghadiahkan diri anda
Anda seharusnya menghadiahkan diri anda setiap kali anda mencapai sasaran pengurangan 1 kg- 2kg. Ini akan dapat membantu anda mengekalkan motivasi untuk terus berdiet.
19. Tidak merancang dengan betul program diet anda.
Anda seharusnya merancang program diet anda dengan betul. Sebelum memulakan program diet, anda seharusnya telah mempunyai jadual dan juga menu makanan anda sepanjang tempoh diet anda.
20. Menyalahkan orang lain di atas kegagalan program diet anda.
Anda seharusnya mengkaji semula dimana silapnya sekiranya sasaran anda tidak tercapai dan bukannya menyalahkan orang lain.

