Adakah sasaranku berjaya?
8 hari saja lagi… cabaran saya akan berakhir. Saya meletakkan sasaran untuk hilang 10 kg dalam masa 3 bulan. Sehingga hari ini saya sudah hilang 8 kg iaitu dari 66 kg ke 58 kg. Lagi 2 kg je untuk mencapai sasaran tersebut. Mampukah saya? InsyaAllah bole…
Ada yang bertanya kenapa saya meletakkan tempoh yang lama iaitu 3 bulan untuk 10 kg? Kenapa tidak 10 kg dalam masa 10 hari? atau 10 kg dalam masa sebulan? Huhuhu ..Kenapa ye? Secara peribadi, hanya saya yang tahu kemampuan saya. Kemampuan dan tahap kepuasan setiap orang tidak sama. Saya tidak mahu meletakkan sasaran yang begitu tinggi, sebab saya tahu mesti saya tak bole capai .Ya la, saya ni jenis kuat makan. McDonald, KFC, Pizza dan Secret Recipe mesti ada dalam senarai setiap bulan. Bila kena kurangkan makan dan seterusnya kurang kalori.. Mesti le saya tak yakin kan.. Oleh itu, biarlah saya letak sasaran yang realistik bagi saya.
Bila saya mulakan program diet jus mate 5 ni, langkah pertama- kurangkan kunjungan ke fast food restaurant. Lepas tu saya kurangkan makan. Langkah seterusnya, perbaiki cara pemakanan saya. Nanti saya ceritakan apa yang saya makan ye.
So nantikan 8 Julai ini.. berjayakah saya mencapai 56 kg yang saya target?
![]() Sebelum - 66 kg |
![]() Terkini - 58 kg |



