\
Status YM
Jom Sembang
BMI Calculator
Pelawat

Arkib Artikel untuk Kategori ‘Info dan Tips Diet’  

Tip Diet Cara Lydia : Testimonial Hebat Jus Mate 5

November 11th, 2009 Author: RohayaRoy

femininnov2009

Ingat lagi tak pada Lydia , testimonial hebat Jus Mate 5, yang pernah  disiarkan dalam artikel saya sebelum ini.  Kalau belum baca artikel tu, klik  sini  untuk baca ye. Ramai yang kagum melihat penurunan berat badan Lydia dalam masa yang singkat.  Ramai juga yang bertanyakan cara pemakanan yang diamalkan oleh Lydia.   Berikut saya sertakan tips dari dari Lydia seperti yang disiarkan dalam majalah Feminin keluaran November 2009.

TIP DIET CARA LYDIA
Bagi Lydia, cara dietnya cukup mudah dan berkesan. Yang penting pandai mendisiplinkan diri dan jangan tipu diri sendiri. Berikut tip daripada Lydia:

PAGI

  • 2 keping roti berserat tinggi / 1 set sandwich
  • 1 gelas susu rendah lemak /atau air suam sahaja


TENGAHARI

Lydiawani

Lydiawani

  • Hanya ambil Jus Diet Mate 5 (untuk ganti makan tengahari)

PETANG

  • Ambil buah-buahan / sepotong kuih kurang manis

MALAM

  • 1 gelas susu rendah lemak / air suam
  • 2 keping roti berserat tinggi

MAKANAN DIELAKKAN

  • Makanan bergoreng
  • Makanan kaya lemak
  • Makanan berminyak

MAKANAN TAK DISENTUH

  • Nasi
  • Minuman bergas dan manis

MAKANAN & MINUMAN BILA TERASA LAPAR

  • Buah-buahan
  • Sayuran (rebus, stim atau mentah)
  • Air Mineral

Kalau nak tahu kisah Lydia lebih lanjut, dapatkan majalah Feminin  keluaran November 2009 dengan segera. Jadikan kisah dan tipsnya sebagai pencetus semangat untuk terus diet dan mencapai berat idaman.

Kepada bakal-bakal pengguna Jus Mate yang masih ragu-ragu,  saya cadangkan anda cubalah dahulu.  Jus Mate 5 tidak akan mengecewakan anda!!! Ramai pengguna Jus Mate 5 telah berjaya dan begitu juga saya. Hubungi saya Rohaya di 016-256 1923 / 012-254 1988 dan saya akan membantu anda, InsyaAllah.

Kalori? Apa ke bendanya tu???

October 27th, 2009 Author: RohayaRoy
calorie

Kawal pengambilan kalori anda!!!

Anak saya , Shamer Rohime, berusia 5 tahun , sedang dalam proses “gila mengeja dan membaca”.  Semua yang bertulis hendak dibaca. Bila dah pandai membaca,  lagi banyak pulak soalannya.  Alhamdulillah, kerana anak saya sudah boleh membaca.

Malam semalam, sementara menunggu temujanji dengan bakal pelanggan saya,  Shamer menyelak-nyelak  brosur mengenai Jus Mate 5.  Dia pun mula membaca… ” Pengguna boleh amalkan sarapan pagi seperti biasa, tapi pada kalori…” .  “Mama,  kalori tu apa?” tanya Shamer.  Aduhaiiii… macamana nak terangkan kat anak yang berusia 5 tahun pasal kalori ni.   “Kalori tu…mmm…  jumlah tenaga yang kita ambil untuk badan kita”.  ” Kalo  amer  nak  main bola, amer perlukan banyak tenaga supaya boleh sepak bola.   Sebab tu mama soh amir makan nasi banyak-banyak”.  Shamer diam macam faham. Faham le tu.   Hikhikhik.. Okay le tu.. penerangan untuk anak yang berusia lima tahun.

Dengan pertanyaan anak saya itu, terpanggil untuk saya ‘explore’ lebih lanjut perkataan “KALORI” tu.  Jom kita sama-sama ‘explore’.

Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.

Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.

Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.

Karbohidrat:  Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein:  Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak:  Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh:  Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!

Baca Artikel Penuh »

Panduan Mengira Kalori Makanan

October 7th, 2009 Author: RohayaRoy

Dalam program diet Jus Mate 5,  pengguna mesti kawal pemakanan tidak melebihi 1000 kalori sehari. Anda boleh makan apa saja tapi pastikan jumlah kalori dalam satu hari mesti kurang dari 1000 kalori. Ramai yang bertanyakan apa yang boleh dimakan dalam 1000 kalori.  Anda boleh guna panduan mengira kalori makanan dibawah sebagai rujukan anda.

Elakkan makanan ini

Elakkan makanan ini : nasi, mee, kek, kfc, pizza

Untuk mendapat pengurangan berat badan yang lebih cepat, anda cuba elakkan 5 jenis makanan yang dicadangkan oleh Dr Rozmey iaitu Nasi, Mee, KFC, Pizza dan Kek. Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran serta minum air masak lebih dari biasa.

Kalau anda betul-betul ikut program diet Dr Rozmey ini, pasti ada pengurangan berat badan.

PANDUAN MENGIRA KALORI MAKANAN

Kategori:Kuih Muih

  1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
  2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
  3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
  4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
  5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
  6. Popia basah (satu) = 95 kalori
  7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
  8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
  9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
  10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
  11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Baca Artikel Penuh »

Gantikan Minuman Manis Anda!

July 27th, 2009 Author: RohayaRoy

coffee

” Macamana ni kak, saya sarapan mesti nak minum nescafe?”

” Dalam sehari, saya mesti nak pekena teh tarik kak..”

Itulah antara kenyataan yang saya terima dari rakan-rakan yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.

Kita seharusnya mengawal pengambilan minuman manis  bukan sahaja untuk menurunkan berat badan tetapi juga untuk menjaga kesihatan kita.  Banyak kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan akan hanya memudaratkan kesihatan.

Sekiranya anda menggemari minuman manis, anda boleh cuba perlahan-lahan menggantikan minuman manis anda dengan air kosong.   Berikut disenaraikan kandungan kalori di dalam beberapa jenis minuman:

Jenis Minuman Kandungan kalori
Air kosong 0 kalori
Air kotak (1 kotak) 114 kalori
Air sirap (1 gelas) 140 kalori
Air berkarbornat (1 tin) 151 kalori
Air isotonik (1 tin) 60 kalori
Air tebu (250ml) 184 kalori
Milo ‘ready-to-go’ (1 tin-200ml) 178 kalori
Nescafe ‘3 in 1′ (1 sachet) 96 kalori
Coffee ‘Ice Blended’ (1 gelas – 12oz) 320 kalori
Teh tarik (1 gelas) 159 kalori

Bagi rakan-rakan yang menyertai Program Diet Jus Mate 5,  gantikan semua minuman anda dengan air kosong sahaja. Ini akan dapat membantu  mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

20 Kesilapan Diet

July 21st, 2009 Author: RohayaRoy

Sebelum anda memulakan program diet, bacalah kesilapan diet yang biasa dilakukan.

1. Anda tidak bersedia
Anda memang mempunyai niat dan semangat untuk langsing, tapi pada masa yang sama sebenarnya anda tidak bersedia. Klik sini untuk baca artikel berkaitan.

2. Sasaran yang tidak realistik
Kajian menunjukkan bahawa setiap orang yang penurunan berat badan secara perlahan mampu bertahan lama.  Pelan pengurangan berat badan yang sihat dan realistik adalah pengurangan sebanyak 1-2 paun [0.45kg - 0.9kg] dalam masa seminggu.

3. Mengabaikan sarapan pagi
Sarapan pagi yang baik adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga dan seterusnya menghindari anda dari mengambil snek yang berkalori tinggi.

Baca Artikel Penuh »

Testimonial Saya
Pesanan Produk
jdm5_produk_mini
Jom Cuba Jus Diet Mate 5. Pasti Berbaloi!!! Sila klik sini untuk cara pesanan.
Harga Produk

Sem. Malaysia

Harga Pengedar/ahli - RM150
Harga Runcit - RM200
Harga untuk jadi ahli/pengedar - RM450

Langkawi,
Sabah & Sarawak


Harga Pengedar/ahli - RM160
Harga Runcit - RM210
Harga untuk jadi ahli/pengedar - RM480

Brunei & Singapura

Harga Pengedar/ahli - RM180
Harga Runcit - RM230
Harga untuk jadi ahli/pengedar - RM540

Arkib
Senarai Pengedar
MAZ WITA YUSOF
012-7276208
Johor Bahru

HAJI WAN OMAR BIN MAHMUD
012-9588500
Kuala Terengganu
http://www.pcx35.com/"