\
Status YM
Jom Sembang
BMI Calculator
Pelawat

Arkib Artikel untuk Kategori ‘Artikel’  

Gantikan Minuman Manis Anda!

July 27th, 2009 Author: RohayaRoy

coffee

” Macamana ni kak, saya sarapan mesti nak minum nescafe?”

” Dalam sehari, saya mesti nak pekena teh tarik kak..”

Itulah antara kenyataan yang saya terima dari rakan-rakan yang sedang dalam proses menurunkan berat badan.

Kita seharusnya mengawal pengambilan minuman manis  bukan sahaja untuk menurunkan berat badan tetapi juga untuk menjaga kesihatan kita.  Banyak kajian menunjukkan pengambilan gula berlebihan akan hanya memudaratkan kesihatan.

Sekiranya anda menggemari minuman manis, anda boleh cuba perlahan-lahan menggantikan minuman manis anda dengan air kosong.   Berikut disenaraikan kandungan kalori di dalam beberapa jenis minuman:

Jenis Minuman Kandungan kalori
Air kosong 0 kalori
Air kotak (1 kotak) 114 kalori
Air sirap (1 gelas) 140 kalori
Air berkarbornat (1 tin) 151 kalori
Air isotonik (1 tin) 60 kalori
Air tebu (250ml) 184 kalori
Milo ‘ready-to-go’ (1 tin-200ml) 178 kalori
Nescafe ‘3 in 1′ (1 sachet) 96 kalori
Coffee ‘Ice Blended’ (1 gelas – 12oz) 320 kalori
Teh tarik (1 gelas) 159 kalori

Bagi rakan-rakan yang menyertai Program Diet Jus Mate 5,  gantikan semua minuman anda dengan air kosong sahaja. Ini akan dapat membantu  mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan.

20 Kesilapan Diet

July 21st, 2009 Author: RohayaRoy

Sebelum anda memulakan program diet, bacalah kesilapan diet yang biasa dilakukan.

1. Anda tidak bersedia
Anda memang mempunyai niat dan semangat untuk langsing, tapi pada masa yang sama sebenarnya anda tidak bersedia. Klik sini untuk baca artikel berkaitan.

2. Sasaran yang tidak realistik
Kajian menunjukkan bahawa setiap orang yang penurunan berat badan secara perlahan mampu bertahan lama.  Pelan pengurangan berat badan yang sihat dan realistik adalah pengurangan sebanyak 1-2 paun [0.45kg - 0.9kg] dalam masa seminggu.

3. Mengabaikan sarapan pagi
Sarapan pagi yang baik adalah sangat penting untuk membekalkan tenaga dan seterusnya menghindari anda dari mengambil snek yang berkalori tinggi.

Baca Artikel Penuh »

Adakah anda bersedia untuk langsing?

July 14th, 2009 Author: RohayaRoy

measureAnda mungkin tidak percaya, tetapi ini adalah isu yang paling penting sekiranya anda berhasrat untuk diet.   Sekiranya anda telah berusaha untuk mengurangkan berat badan dengan apa cara sekalipun dan anda tidak berjaya, sebabnya adalah ANDA TIDAK BERSEDIA.

Anda tidak bermotivasi.   Ada sahaja HALANGAN untuk anda mengikuti diet.   Dan anda mungkin lupa yang anda sedang berdiet.   Anda juga rasa susah sangat nak KURANGKAN MAKAN.

Anda tidak gembira dan anda sedar mengenainya tetapi anda tidak mahu mengakuinya.   Jangan sembunyikan perasaan anda itu.   HADAPInya.   Anda adalah UNIK, ISTIMEWA dan … sekiranya anda GEMUK dan TIDAK GEMBIRA mengenainya, sedarlah dan fikirlah cara menanganinya dan bangkit untuk melawannya.

Fikirkan dan tentukan apa yang hendak anda lakukan untuk LANGSING.   Anda mesti ada CITA-CITA dan KEMAHUAN.

Semuanya bergantung kepada anda.   Adakah anda MAHU atau TIDAK MAHU melakukan sesuatu ke atas tubuh badan anda?   Sekiranya jawapan anda ialah YA, SAYA AKAN LAKUKANNYA… SAYA AKAN KURANGKAN BERAT BADAN YANG BERLEBIHAN itu ,  tahniah untuk anda.   Sekiranya jawapan anda adalah TIDAK, kasihanilah diri anda.

Memulakan diet dan mengekalkan diet adalah bukan perkara yang mudah.  Diet bukan musuh anda.  Diet anda adalah kawan baik anda.   Ikut saranan yang diberikan dan anda pasti berjaya.

Percaya pada diri anda – Sekiranya anda benar-benar ingin kurangkan berat badan anda, anda pasti akan kurangkan. Dan pastikan anda telah BERSEDIA.


Tingkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran

July 3rd, 2009 Author: RohayaRoy

fruits_vege

Diet yang sihat adalah diet yang mengandungi buah-buahan dan sayur-sayuran.

Kebanyakan buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi vitamin & mineral yang tinggi dan kalori yang sangat rendah.  Buah-buahan adalah sumber fiber yang baik yang meningkatkan kuasa pencernaan. Ia juga mengandungi anti-oksida yang dapat menghindarkan kita dari penyakit.

Oleh itu, amalkan pengambilan buah-buahan yang segar seperti epal, oren, kiwi, strawberi dan salad berbanding buah-buahan atau pemakanan yang telah diproses.  Buah-buahan dan sayur-sayuran segar sangat kaya dengan vitamin dan mineral.  Sekiranya kita masak atau menggoreng sayur-sayuran, kita akan kehilangan banyak kebaikan yang terdapat di dalamnya.

Untuk mendapatkan diet yang ideal,  kita seharusnya mempelbagaikan jenis buah-buahan dan juga warnanya, termasuk sayur-sayuran.  Pakar diet mengesyorkan pengambilan makanan daripada warna-warna pelangi . Cara tersebut bukan sahaja baik untuk kesihatan badan, malah membantu kita mendapatkan pemakanan yang seimbang.

Oleh itu kawan-kawan,  pastikan buah-buahan dan sayur-sayuran mesti ada dalam diet kita dan cuba elakkan pengambilan buah-buahan yang mempunyai warna yang sama setiap hari.   Untuk kawan-kawan yang mengikuti program diet Jus Mate 5, pastikan buah-buahan diasingkan dalam kuantiti yang sedikit dan makan pun sedikit-sedikit. Misalnya kalau makan epal, kerat epal kepada 8 bahagian dan makan satu persatu pada jangka masa tertentu. Bukannya makan sekali sebiji terus ya.


Kenapa air terlalu penting untuk tubuh kita?

July 1st, 2009 Author: RohayaRoy

4glasswater

Kenapa agaknya tubuh kita ini perlukan sangat air?   Air adalah asas dalam hidup kita dan ini termasuklah tubuh badan kita. 70% dari tubuh badan kita adalah dari air.

Tahukah anda bahawa:

  1. Otot kita yang mengerakkan badan kita adalah 75% air
  2. Darah kita yang mengangkut nutrient adalah 82% air
  3. Paru-paru kita yang membekalkan oksigen adalah 90% air
  4. Otak kita yang mengawal tubuh kita adalah 76% air
  5. Tulang kita adalah 25% air.

Air memainkan peranan penting dalam tubuh badan kita

  1. Melindungi organ-organ
  2. Membantu organ-organ menyerap nutrisi dengan baik
  3. Memberi kekuatan kepada sel-sel badan
  4. Mengangkut nutrisi ke seluruh tubuh memlaui darah dan sistem limpa.
  5. Menstabilkan suhu badan
  6. Meningkatkan kadar metabolisma
  7. Melindungi dan melembap rawan
  8. Melancarkan sistem pembuangan tubuh melalui urin dan faeces (kotoran)

Bagaimana air dapat membantu mengurangkan berat badan?
Air juga dapat membantu mengurangkan berat badan. Dengan minum air 2 liter dalam sehari, ia dapat membantu dalam pengurangan berat badan. Air membantu proses metabolisme dalam tubuh badan dengan mengubah makanan menjadi tenaga.  Air berperanan sebagai bahan bakar bagi mendorong reaksi kimia metabolisme. Kalori tidak dibakar dengan baik sekiranya kurang meminum air dalam sehari.

Jadi,  mulai sekarang minumlah banyak air.

Tips untuk minum air secukupnya:

  1. Pastikan air sentiasa di meja anda.
  2. Minum segelas air setiap jam.
  3. Membawa botol minuman ke mana saja anda pergi


Testimonial Saya
Pesanan Produk
jdm5_produk_mini
Jom Cuba Jus Diet Mate 5. Pasti Berbaloi!!! Sila klik sini untuk cara pesanan.
Harga Produk

Sem. Malaysia

Harga Pengedar/ahli - RM150
Harga Runcit - RM200
Harga untuk jadi ahli/pengedar - RM450

Langkawi,
Sabah & Sarawak


Harga Pengedar/ahli - RM160
Harga Runcit - RM210
Harga untuk jadi ahli/pengedar - RM480

Brunei & Singapura

Harga Pengedar/ahli - RM180
Harga Runcit - RM230
Harga untuk jadi ahli/pengedar - RM540

Arkib
Senarai Pengedar
SITI ROHAYA SYED HASSAN
012-2541988
BALAKONG/SERI KEMBANGAN

NOR HASSAINI SYED HASSAN
012-300099
AMPANG

MAZ WITA YUSOF
012-7276208
Johor Bahru

HAJI WAN OMAR BIN MAHMUD
012-9588500
Kuala Terengganu
http://www.pcx35.com/"