
Kawal pengambilan kalori anda!!!
Anak saya , Shamer Rohime, berusia 5 tahun , sedang dalam proses “gila mengeja dan membaca”. Semua yang bertulis hendak dibaca. Bila dah pandai membaca, lagi banyak pulak soalannya. Alhamdulillah, kerana anak saya sudah boleh membaca.
Malam semalam, sementara menunggu temujanji dengan bakal pelanggan saya, Shamer menyelak-nyelak brosur mengenai Jus Mate 5. Dia pun mula membaca… ” Pengguna boleh amalkan sarapan pagi seperti biasa, tapi pada kalori…” . “Mama, kalori tu apa?” tanya Shamer. Aduhaiiii… macamana nak terangkan kat anak yang berusia 5 tahun pasal kalori ni. “Kalori tu…mmm… jumlah tenaga yang kita ambil untuk badan kita”. ” Kalo amer nak main bola, amer perlukan banyak tenaga supaya boleh sepak bola. Sebab tu mama soh amir makan nasi banyak-banyak”. Shamer diam macam faham. Faham le tu. Hikhikhik.. Okay le tu.. penerangan untuk anak yang berusia lima tahun.
Dengan pertanyaan anak saya itu, terpanggil untuk saya ‘explore’ lebih lanjut perkataan “KALORI” tu. Jom kita sama-sama ‘explore’.
Apa itu kalori?
Kalori adalah unit untuk mengukur tenaga.
Adakah badan perlukan kalori?
Ya, badan perlukan kalori untuk menjana tenaga, tetapi jika ia diambil (dimakan) terlalu banyak dan tidak dibakar, ia akan ditukar menjadi lemak dan disimpan dalam badan, ini akan menyebabkan pertambahan berat badan dan membahayakan kesihatan.
Macam mana saya hendak kira kalori dalam makanan?
Biasanya setiap produk yang dijual ada kiraan kalorinya di bahagian “Maklumat Pemakanan” dan kiraan juga boleh dibuat dengan mendarab berat dalam “gram” nutrisi berikut dengan nombor pekali yang disenaraikan.
Karbohidrat: Didarab dengan 4 kalori setiap gram
Protein: Didarab dengan 4 setiap gram
Lemak: Didarab dengan 9 setiap gram.
Contoh: Satu hidangan Sos Cili yang mengandungi;
Karbohidrat-53g (53g X 4 = 212 Kalori)
Protein-1g (1g X 4 = 4 Kalori)
Gula (juga Karbohidrat)-16g (16g X4 = 64 Kalori)
Jadi satu tuangan Sos Cili bernilai 280 kalori!
Baca Artikel Penuh »