Gula penyebab utama kegemukan

Kurangkan Pengambilan Gula
Gula adalah bahan makanan yang popular kerana kerap digunakan sebagai penambah kesedapan makanan. Ia tidak mempunyai apa-apa khasiat malah memudaratkan.
Gula hanya membekalkan kalori dan akan disimpan sebagai lemak di dalam tubuh. Gula juga adalah penyebab utama kegemukan.
Pengambilan berlebihan gula seperti minuman manis, kek, pastri dan kuih boleh mengurangkan pengambilan makanan yang lebih berkhasiat.
Adakah tubuh kita memerlukan gula? Sebenarnya tubuh kita tidak memerlukan gula langsung. Ini kerana sistem tubuh kita akan menukarkan banyak sumber makanan yang lain kepada glukosa apabila tubuh memerlukan gula.
Tip untuk mengurangkan pengambilan gula
- Elakkan pengambilan gula dalam minuman. Minum banyak air kosong.
- Bertukar kepada snek yang lebih berkhasiat seperti buah-buahan, jagung rebus dan salad sayur-sayuran.
- Tukarkan pengambilan susu manis kepada susu skim atau susu kurang lemak.
- Berhati-hati dengan nama lain gula seperti glukosa, fruktosa, laktosa,dektrosa,sirap maple,sirap glukosa, sukrosa, molasses.

